SYARAT-SYARAT PIALA PERPADUAN SIAM MALAYSIA (P.P.S.M)
๐ 1. Nama Kejohanan
1.1 โ Kejohanan ini dinamakan Piala Perpaduan Siam Malaysia ( P.P.S.M )
1.2 – Matlamat Piala Perpaduan Siam Malaysia (P.P.S.M) – Mengukuhkan Perpaduan Kaum – Menjadi jambatan silaturahim antara komuniti Siam dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia melalui sukan dan aktiviti karnival.
๐ 2. Penganjur
2.1 โ Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Belia Bola Sepak Kampung Teresek
2.2 โ Perlawanan akan diadakan pada ; 18/10/2025 ( Sabtu )
ย ย ย ย ย ย Masaย ย ย ย ย : 9.00 pagi โ 8.00 mlm
ย ย ย ย ย ย Tempatย ย : Padang Kelab Belia Bola Sepak Kampung Teresek
๐ 3. Penyertaan
3.1 โTerbuka kepada Kaum Siam yang tinggal di Malaysia dan pemain yang berdaftar dengan Liga Siam Kelantan sahaja (keturunan Cina + Siam).
3.2 โ Setiap pasukan dibenarkan berdaftar 22 orang pemain (beragama Buddha).Termasuk pemain import.
3.3 โ Pemain import dibenarkan maksimum 5 orang sahaja, dan mestilah Warga Negara Malaysia (Bumiputra)ย (Melayu/Cina & India).
3.4 โ Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di dalam Kejohanan ini perlulah menghantar borang pengesahan beserta nama pemain,no ic kad pengenalan,posisi, jersi no dan disahkan oleh Pengurus Pasukan
3.5 Pemain Import
Setiap pasukan dibenarkan ambil 5 orang pemain import.
Tapi masa perlawanan, hanya 3 orang import dibenarkan berada dalam padang pada satu-satu masa.
2 orang lagi mesti duduk di bangku simpanan, boleh dimasukkan hanya kalau ada pertukaran.
๐ 4. Pendaftaran pemain
4.1 โ Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak melebihi 22 orang pemain ( termasuk pemain gantian/simpanan) di dalam borang pendaftaran
4.2 โ Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di dalam Kejohanan ini perlulah menghantar borang pengesahan beserta nama pemain dan disahkan oleh Pengurus Pasukan.
4.3 โ Pertukaran pendaftaran pemain tidak dibenarkan sama sekali setelah borang penyertaan dan pendaftaran pemain diserahkan kepada Urusetia Kejohanan.
4.4 โ Borang penyertaan dan pandaftaran pemain hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan sebelum 10hb.Oktober 2025.
4.5 โ Setiap borang penyertaan mestilah diisikan lengkap dengan Nama pemain, No. Kad pengenalan ,No. Jersi ,Posisi Photostat No.Kad Pengenalan ( setiap pasukan). Boleh hantar terus atau whatsapp ke No: 017-9577758 (Eric)
4.6 โ Taklimat mengenai kejohanan dan cabutan undi akan dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan 11/10/2025 (Sabtu)
๐ 5. Pertukaran pemain
5.1 โ Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.
5.2 โ Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain sebanyak 5 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak penganjur (Borang Pertukaran Pemain). Borang hendaklah di serah kepada penganjur setiap perlawanan bermula.
5.3 โ Pemain yang telah dikeluarkan tidak dibenarkan bermain semula di perlawanan yang sama.
5.4 โ Baju jersi mesti pakai NO yang sama setiap perlawanan.
5.5 โ Jika berlaku bergaduhan dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan akan di buang terus dari kejohanan ini.
5.6 โ Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan
ย ย ย ย ย 5.6.1 โ Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
ย ย ย ย ย 5.6.2 โ Pemain yang masuk gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.
ย ย ย ย ย 5.6.3 โ Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain.
ย ย ย ย ย 5.6.4 โ Penjaga gol boleh bertukar dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.
๐ 6. Masa permainan
6.1 โ Masa permainan adalah 20 x 20 minit di sepanjang perlawanan.
6.2 โ Masa permainan Final adalah 25 x 25 minit.
6.3 โ Sistem โoff-sideโ akan digunakan pada kejohanan ini.
๐ 7. Yuran penyertaanย
7.1 – Yuran pendaftaran RM500
๐ 8. Pengadil
8.1 โ Pengadil kejohanan akan disediakan oleh pihak penganjur.
8.2 โ Keputusan penganjur dan pengadil adalah muktamad.
๐ 9. Waktu bermula sesuatu perlawanan
9.1 โ Setiap pasukan mestilah berada di padang 15 minit sebelum perlawanan bermula
9.2 โ Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel pengadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 โ 0.
๐ 10. Pemain Pakaian
10.1 โ Setiap pemain mesti mengikut undang-undang FIFA dan memakai kasut bola โbootโ, stokin dan alas betis โshin guardโ mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
10.2 โ Jersi hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing
10.3 โ Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mewartakan jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut.
10.4 โ Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor dan baju mesti pakai NO yang sama setiap perlawanan
๐ 11. Pemain gantian
11.1 โ Hanya 5 kali penggantian dibenarkan dalam satu-satu perlawanan.
11.2 โ Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.
๐ 12. Tindakan Tatatertib
12.1.1 โ Tindakan tatatertib secara automatik akan dilaksanakan ke atas pemain-pemain seperti berikut :-
12.1.2 โ Seseorang pemain yang telah dikenakan sebanyak 2 kad kuning oleh pengadil didalam satu-satu perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan.
12.1.3 โ Seseorang pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara automatik akan digantung dua perlawanan berikutnya.
๐ 13. Hadiah
๐ฅ โ Johan + ๐ Piala Perpaduan Siam Malaysia + WANG + Medal Emas + Hamper
๐ฅ โ Naib Johan + WANG + Medal Perak + Hamper
๐ฅ โ Ketiga + WANG + Medal Gangsa + Hamper
ย ย โ Keempat + WANG +Hamper
๐ 14. Peringatan
14.1 โ Jawatankuasa penganjur kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.
14.2 โ Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda Wat. Jika ada pasukan yang melanggar peraturan ini kemungkinan tindakan disenarai hitamkan daripada menyertai pertandingan.
14.3 โ No 1 dan No 2 layak ke suku akhir dan 2 pasukan ke 3 terbaik layak ke suku akhir โ jika mata sama ikut perbezaan gol dan bolos. Jika masih lagi sama, ikut jaringan terbanyak.
๐ 15. Kecenderaan
15.1 โ Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.
๐ 16. Bantahan
16.1 โ Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh 15 minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja ( RM300.00 ) yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya. (Resit akan dikeluarkan)
