Syarat dan Peraturan Liga Merdeka

PERATURAN RASMI

KEJOHANAN BOLA SEPAK MUHIBAH ANTARA KAUM 9 SEBELAH TERBUKA

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026

Β 1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak Muhibah Antara Kaum 9 Sebelah Terbuka Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026.


2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200.00.

2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama borang penyertaan dan diserahkan sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kejohanan.

2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan bersama bayaran tidak akan diterima.

2.4 Kejohanan ini dibahagikan kepada empat (4) kumpulan, iaitu:

  • Kumpulan A

  • Kumpulan B

  • Kumpulan C

  • Kumpulan D

Syarat Penyertaan Pasukan

  • Penyertaan terbuka kepada pasukan Siam, India dan Cina.

  • Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum dua (2) orang pemain Melayu.

  • Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum tiga (3) orang pemain import.

  • Hanya tiga (3) orang pemain import dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa sepanjang perlawanan.


3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar:

  • 12 orang pemain

  • 1 orang pengurus pasukan

3.2 Bagi setiap perlawanan:

  • 9 orang pemain berada di padang.

  • 3 orang pemain simpanan dibenarkan.


4. PENGADIL

4.1 Pihak penganjur akan menyediakan pengadil bagi setiap perlawanan.

4.2 Semua keputusan pengadil adalah muktamad.


5. HADIAH

πŸ₯‡ Johan : RM1,000

πŸ₯ˆ Naib Johan : RM700

πŸ₯‰ Tempat Ketiga : RM400

πŸ… Tempat Keempat : RM300

Anugerah Individu

  • ⚽ Penjaring Gol Terbanyak

  • ⭐ Pemain Terbaik

  • 🧀 Penjaga Gol Terbaik


6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan FIFA, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

6.2 Pusingan pertama dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati.

6.3 Dua (2) pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.

Sekiranya berlaku keputusan seri:

6.3.1 Pusingan Liga

Kedudukan akan ditentukan berdasarkan:

  • Mata

  • Perbezaan jaringan

  • Jumlah jaringan

  • Jumlah bolos

Sekiranya masih seri, keputusan akan ditentukan melalui balingan syiling yang dikendalikan oleh pengadil.

6.3.2 Pusingan Kalah Mati

  • Sepakan penalti akan diambil oleh tiga (3) orang pemain setiap pasukan.

  • Jika masih seri, sepakan penalti akan diteruskan secara sudden death (seorang demi seorang) sehingga pemenang ditentukan.

6.4 Pertukaran Pemain

  • Pertukaran pemain boleh dibuat pada bila-bila masa.

  • Maksimum tiga (3) kali pertukaran dibenarkan bagi setiap perlawanan.

  • Borang pertukaran pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia sebelum pertukaran dibuat.

6.5

Hanya pemain yang telah didaftarkan dibenarkan bermain.

Mana-mana pasukan yang menggunakan pemain yang tidak berdaftar akan dibatalkan penyertaannya.

6.6 Tindakan Disiplin

  • Kad kuning atau kad merah akan diberikan mengikut keputusan pengadil.

  • Pemain yang menerima kad merah digantung satu perlawanan berikutnya.

  • Dua (2) kad kuning dalam satu perlawanan bersamaan satu kad merah.

  • Kad kuning dalam perlawanan berasingan tidak menyebabkan penggantungan.

6.7

Semua pasukan hendaklah berada di padang mengikut jadual yang ditetapkan.

Sekiranya lewat melebihi 5 minit selepas wisel permulaan:

  • Pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma 2–0.

6.8

Mana-mana pasukan yang sengaja memberikan kemenangan percuma akan:

  • Disingkirkan daripada kejohanan.

  • Semua keputusan perlawanan yang telah dimainkan oleh pasukan tersebut dianggap terbatal.

6.9

Mana-mana pasukan atau pemain yang mencetuskan pergaduhan, kekacauan atau salah laku serius akan disingkirkan daripada kejohanan.


7. MASA PERLAWANAN

Pusingan Liga

  • 7 minit separuh masa pertama

  • Rehat 2 minit

  • 7 minit separuh masa kedua

Jumlah masa: 16 minit.

Perlawanan dijalankan tanpa peraturan off-side.

Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir

  • 10 minit separuh masa pertama

  • Rehat 2 minit

  • 10 minit separuh masa kedua

Jumlah masa: 22 minit.

Perlawanan dijalankan tanpa peraturan off-side.


8. BANTAHAN

8.1 Bantahan hendaklah dikemukakan kepada urusetia selewat-lewatnya 10 minit selepas tamat perlawanan.

8.2 Bantahan hendaklah menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh urusetia.

8.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.

8.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.


9. PAKAIAN PEMAIN

9.1 Setiap pasukan wajib menyediakan dua (2) set jersi berlainan warna.

9.2 Semua pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan.

9.3 Jika kedua-dua pasukan memakai warna jersi yang sama, pasukan yang dipanggil terlebih dahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi.

9.4 Semua pemain diwajibkan memakai:

  • Shin pad

  • Stoking panjang

semasa perlawanan berlangsung.


10. KECEDERAAN

10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap:

  • Sebarang kecederaan pemain.

  • Kehilangan wang atau harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.


11. PERINGATAN

11.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menambah, meminda, menerima atau menolak mana-mana peraturan demi kelancaran kejohanan.

11.2 Semua pasukan dan pemain DILARANG:

  • Membawa atau meminum minuman keras.

  • Memakai pakaian yang mempromosikan minuman keras.

  • Mengambil atau menggunakan dadah yang dilarang oleh FIFA.

11.3 Semua pasukan dan pemain dilarang melakukan rusuhan atau apa-apa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung.

11.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan semua pemain menjaga kebersihan serta harta benda Wat Uttamaram (Tok Raja).

Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan termasuk disenarai hitam daripada menyertai kejohanan pada musim akan datang.

PERATURAN RASMI

KEJOHANAN BOLA SEPAK MUHIBAH ANTARA KAUM 11 SEBELAH veteran 50 keatas

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026

1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak Muhibah Antara Kaum 11 Sebelah (Veteran) Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026.


2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200.00.

2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama borang penyertaan dan diserahkan sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kejohanan.

2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan bersama bayaran tidak akan diterima.

2.4 Kejohanan ini dibahagikan kepada dua (2) kumpulan, iaitu:

  • Kumpulan A

  • Kumpulan B


3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar:

  • 17 orang pemain

  • 1 orang pengurus pasukan

3.2 Bagi setiap perlawanan:

  • 11 orang pemain berada di padang.

  • 5 orang pemain simpanan dibenarkan.


4. PENGADIL

4.1 Pihak penganjur akan menyediakan pengadil bagi setiap perlawanan.

4.2 Semua keputusan pengadil adalah muktamad.


5. HADIAH

πŸ₯‡ Johan : RM1,000

πŸ₯ˆ Naib Johan : RM700

πŸ₯‰ Tempat Ketiga : RM400

πŸ… Tempat Keempat : RM300

Anugerah Individu

  • ⚽ Penjaring Gol Terbanyak

  • ⭐ Pemain Terbaik

  • 🧀 Penjaga Gol Terbaik


6. PERATURAN PERTANDINGAN

Syarat Kelayakan Umur

  • Semua pemain mestilah berumur 50 tahun ke atas.

  • Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang (1) pemain berumur 46 tahun ke atas.

  • Penjaga gol dibenarkan berumur 40 tahun ke atas.

6.1

Pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan FIFA, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

6.2

Pusingan pertama dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati.

6.3

Dua (2) pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.

Sekiranya berlaku keputusan seri:

6.3.1 Pusingan Liga

Kedudukan akan ditentukan berdasarkan:

  • Mata

  • Perbezaan jaringan

  • Jumlah jaringan

Jika masih seri, keputusan akan ditentukan melalui balingan syiling yang dikendalikan oleh pengadil.

6.3.2 Pusingan Kalah Mati

  • Sepakan penalti akan diambil oleh lima (5) orang pemain setiap pasukan.

  • Jika masih seri, sepakan penalti akan diteruskan secara sudden death sehingga pemenang ditentukan.

6.4 Pertukaran Pemain

  • Pertukaran pemain boleh dibuat pada bila-bila masa.

  • Maksimum lima (5) kali pertukaran dibenarkan bagi setiap perlawanan.

  • Borang pertukaran pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia sebelum pertukaran dibuat.

6.5

Hanya pemain yang berdaftar dibenarkan bermain.

Mana-mana pasukan yang menggunakan pemain tidak berdaftar akan dibatalkan penyertaannya.

6.6 Tindakan Disiplin

  • Kad kuning atau kad merah akan diberikan mengikut keputusan pengadil.

  • Pemain yang menerima kad merah digantung satu perlawanan berikutnya.

  • Dua kad kuning dalam satu perlawanan bersamaan satu kad merah.

  • Kad kuning dalam perlawanan berasingan tidak menyebabkan penggantungan.

6.7

Pasukan hendaklah berada di padang mengikut masa yang ditetapkan.

Sekiranya lewat melebihi 5 minit selepas wisel permulaan:

  • Pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma 2–0.

6.8

Mana-mana pasukan yang sengaja memberikan kemenangan percuma akan:

  • Disingkirkan daripada kejohanan.

  • Semua keputusan perlawanan terdahulu pasukan tersebut dianggap terbatal.

6.9

Mana-mana pasukan atau pemain yang mencetuskan pergaduhan, kekacauan atau salah laku serius akan disingkirkan daripada kejohanan.


7. MASA PERLAWANAN

Pusingan Liga

  • Tempoh permainan: 20 minit (masa terus berjalan).

  • Tiada waktu rehat.

  • Peraturan off-side digunakan.

Jumlah masa: 20 minit.

Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir

  • Tempoh permainan: 20 minit (masa terus berjalan).

  • Tiada waktu rehat.

  • Peraturan off-side digunakan.

Jumlah masa: 20 minit.


8. BANTAHAN

8.1 Bantahan hendaklah dikemukakan kepada urusetia dalam tempoh 10 minit selepas tamat perlawanan.

8.2 Bantahan hendaklah menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh urusetia.

8.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00, dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.

8.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.


9. PAKAIAN PEMAIN

9.1 Setiap pasukan wajib menyediakan dua (2) set jersi berlainan warna.

9.2 Semua pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan.

9.3 Jika kedua-dua pasukan memakai warna jersi yang sama, pasukan yang dipanggil terlebih dahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi.

9.4 Semua pemain diwajibkan memakai:

  • Shin pad

  • Stoking panjang

semasa perlawanan berlangsung.


10. KECEDERAAN

10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap:

  • Sebarang kecederaan pemain.

  • Kehilangan wang atau harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.


11. PERINGATAN

11.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menambah, meminda, menerima atau menolak mana-mana peraturan demi kelancaran kejohanan.

11.2 Semua pasukan dan pemain DILARANG:

  • Membawa atau meminum minuman keras.

  • Memakai pakaian yang mempromosikan minuman keras.

  • Mengambil atau menggunakan dadah yang dilarang oleh FIFA.

11.3 Semua pasukan dan pemain dilarang melakukan rusuhan atau apa-apa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia.

11.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan semua pemain menjaga kebersihan serta harta benda Wat Uttamaram (Tok Raja).

Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan termasuk disenarai hitam daripada menyertai kejohanan pada musim akan datang.

BIRO SUKAN & JAWATANKUASA PENGELOLA

Kejohanan Bola Sepak Muhibah Antara Kaum 9 Sebelah Terbuka

Anjuran:

  • Persatuan Bola Sepak Siam Kelantan

  • Kelab Bola Sepak Kampung Teresek

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026