Syarat dan Peraturan Liga Udomdham Cup U16 (9 Sebelah)

  1. NAMA KEJOHANAN

1.1 Kejohanan ini dinamakan :PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA PUSINGAN UDOMDHAM CUP U16 9 SEBELAH  (L.U.C)

  1. YURAN PENYERTAAN

2.1     Yuran akan di kenakan kepada setiap pasukan.  Jumlah yuran RM200

2.2     Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan diserahkan pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kejohanan.

2.3     Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.

2.4     Pertandingan ini Terbuka kepada 16 pasukan Jemputan sahaja (16 pasukan terhad).

2.5  Tarikh Perlawanan akan diadakan pada :

  • Tarikh tutup pendaftaran dan undian kumpulan : 19 JULY 2026 ; Masa 2: 00 p.m (Serah Borang penyertaan) di Wat Uttamaram
  • Yuran Pendaftaran  : RM200 (Dua Ratus Ringgit Sahaja)
  • Tarikh perlawanan pada  : 24 JULY 2026 (Jumaat) ; Masa : 9.00 pagi
  1. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1.    Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain.

  • Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain dan seorang (1) pengurus pasukan.
  • Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum dua (2) orang pemain berumur 17 tahun.
  • Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum tiga (3) orang pemain Melayu.
  • Semua pemain hendaklah didaftarkan sebelum pertandingan bermula. Sebarang pertukaran atau penambahan pemain selepas tarikh tutup pendaftaran adalah tidak dibenarkan, kecuali dengan kelulusan pihak penganjur.

3.2.    Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan  menurunkan seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;

  1. PENGADIL

4.1.    Pihak penganjur akan menyediakan pengadil bagi setiap perlawanan;

4.2.    Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

  1. HADIAH

 Hadiah akan diberikan pada :-

Johan    –   RM 1,000.00 + Piala Pusingan + Medal + Hamper

N.Johan –  RM 700.00 + Medal + Hamper

Ketiga     –  RM 500.00 + Medal + Hamper

Trophy – Pemain Terbaik + RM100

Trophy – Penjaring Gol Terbanyak + RM100 

Trophy – Penjaga Gol Terbaik + RM100

  1. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1    Format Pertandingan

  • Format Pertandingan Liga Udomdham Cup 9 Sebelah (Bawah 16 Tahun) 2026

    Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpul mata (single league).

    1. Semua pasukan akan bertanding secara liga dan mengumpul mata berdasarkan keputusan setiap perlawanan.
    2. Pasukan yang menduduki tempat pertama selepas tamat semua perlawanan liga akan dinobatkan sebagai Juara Liga Udomdham Cup 9 Sebelah (Bawah 16 Tahun) 2026.
    3. Pasukan yang menduduki tempat pertama dan tempat kedua dalam kedudukan liga akan layak ke Perlawanan Grand Final bagi merebut Hadiah Extra yang disediakan oleh penganjur.
    4. Pemenang Perlawanan Grand Final akan dinobatkan sebagai Grand Final Champion – Liga Udomdham Cup 9 Sebelah (Bawah 16 Tahun) 2026.
  • Pasukan jemputan 1 pasukan Cina
  • Pasukan jemputan 1 pasukan India
  • Pasukan jemputan 1 pasukan Melayu
  • Pasukan Jemputan Luar Negeri Kelantan 1

6.2  Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa.  Pertukaran pemain sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan.  Pertukaran pemain perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur.  (Borang Pertukaran Pemain).

6.3  Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang  pertandingan.  Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

6.4  Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut undang-undang FIFA) akan dikenakan kad kuning atau kad merah bergantung kepada pengadil.  Pemain yang mendapat kad merah dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya.  Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan akan dikenakan kad     merah.  Bagaimanapun pemain yang mengumpul kad kuning dalam perlawanan berasingan masih boleh meneruskan permainan.

6.5  Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.  Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 – 0

6.6 Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma.  Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara otomatik  terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang telah ditandinginya di anggap BATAL.

6.7 Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan dalam pertandingan yang berlangsung akan di buang dalam kejohanan ini.

  1. MASA PERLAWANAN

7.1.    Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit  untuk setiap separuh masa (7 x 2 x 7) dan 2 minit untuk pertukaran tempat. ( perlawanan ini tiada “off-side” )

  1. BANTAHAN

8.1.    Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat- lewatnya 10 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

8.2.    Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan oleh urusetia;

8.3.    Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 (tidak dikembalikan).

8.4.    Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

  1. PAKAIAN PEMAIN

 9.1.    Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;

9.2.    Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

9.3.    Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan, pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan) dikehendaki menukar jersi dengan segera.

9.4.    Pemain adalah diwajipkan memakai Shinpad dan stoking panjang semasa perlawanan.

  1. KECEDERAAN

10.1.   Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangung.

  1. PERINGATAN

11.1.   Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

11.2.   Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa minuman keras, memakai baju yang mempunyai logo atau ayat minuman keras dan mengunakan dadah yang terlarang oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

 11.3.   Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semasa berlangsungnya kejohanan ini.

11.4    Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda Wat (Ketik). Jika ada pasukan yang melanggar peraturan ini kemungkinan tindakan disenarai hitamkan daripada menyertai pertandingan musim akan datang.

Biro Sukan dan Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah,

Persatuan BolaSepak Siam Kelantan dan Kelab BolaSepak Kampung Teresek