- NAMA KEJOHANAN
1.1 Kejohanan ini dinamakan :PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA PUSINGAN UDOMDHAM CUP U16 9 SEBELAH (L.U.C)
- YURAN PENYERTAAN
2.1 Yuran akan di kenakan kepada setiap pasukan. Jumlah yuran RM200
2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan diserahkan pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kejohanan.
2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.
2.4 Pertandingan ini Terbuka kepada 16 pasukan Jemputan sahaja (16 pasukan terhad).
2.5 Tarikh Perlawanan akan diadakan pada :
- Tarikh tutup pendaftaran dan undian kumpulan : 17 JULY 2026 ; Masa 2: 00 p.m (Serah Borang penyertaan) di Wat Uttamaram
- Yuran Pendaftaran : RM200 (Dua Ratus Ringgit Sahaja)
- Tarikh perlawanan pada : 24 JULY 2026 (Jumaat) ; Masa : 9.00 pagi
- PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN
3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain dan seorang pengurus pasukan.Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain melayu .
3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;
- PENGADIL
4.1. Pihak penganjur akan menyediakan pengadil bagi setiap perlawanan;
4.2. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.
- HADIAH
Hadiah akan diberikan pada :-
Johan – RM 700.00 + Piala Pusingan + Medal + Hamper
N.Johan – RM 500.00 + Medal + Hamper
Ketiga – RM 300.00 + Medal + Hamper
Trophy – Pemain Terbaik + RM100
Trophy – Penjaring Gol Terbanyak + RM100
Trophy – Penjaga Gol Terbaik + RM100
- PERATURAN PERTANDINGAN
6.1 Format Pertandingan
- Pertandingan dijalankan secara liga kumpul mata.
- Pasukan yang menduduki kedudukan pertama (1) dan kedudukan kedua (2) selepas perlawanan liga akan layak ke Perlawanan Akhir (Final).
- Pemenang perlawanan akhir akan dinobatkan sebagai Juara Liga Udomdham Cup U16 9 Sebelah.
- Pasukan jemputan 1 pasukan Cina
- Pasukan jemputan 1 pasukan India
- Pasukan jemputan 1 pasukan Melayu
6.2 Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur. (Borang Pertukaran Pemain).
6.3 Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.
6.4 Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut undang-undang FIFA) akan dikenakan kad kuning atau kad merah bergantung kepada pengadil. Pemain yang mendapat kad merah dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya. Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan akan dikenakan kad merah. Bagaimanapun pemain yang mengumpul kad kuning dalam perlawanan berasingan masih boleh meneruskan permainan.
6.5 Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 – 0
6.6 Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara otomatik terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang telah ditandinginya di anggap BATAL.
6.7 Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan dalam pertandingan yang berlangsung akan di buang dalam kejohanan ini.
- MASA PERLAWANAN
7.1. Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk setiap separuh masa (7 x 2 x 7) dan 2 minit untuk pertukaran tempat. ( perlawanan ini tiada “off-side” )
- BANTAHAN
8.1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat- lewatnya 10 minit selepas perlawanan tersebut tamat;
8.2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan oleh urusetia;
8.3. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 (tidak dikembalikan).
8.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
- PAKAIAN PEMAIN
9.1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;
9.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;
9.3. Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan, pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan) dikehendaki menukar jersi dengan segera.
9.4. Pemain adalah diwajipkan memakai Shinpad dan stoking panjang semasa perlawanan.
- KECEDERAAN
10.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangung.
- PERINGATAN
11.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.
11.2. Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa minuman keras, memakai baju yang mempunyai logo atau ayat minuman keras dan mengunakan dadah yang terlarang oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
11.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semasa berlangsungnya kejohanan ini.
11.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda Wat (Ketik). Jika ada pasukan yang melanggar peraturan ini kemungkinan tindakan disenarai hitamkan daripada menyertai pertandingan musim akan datang.
Biro Sukan dan Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah,
Persatuan BolaSepak Siam Kelantan dan Kelab BolaSepak Kampung Teresek
